Ketahui perkara asas berkenaan pendaftaran perniagaan anda supaya anda lebih bersedia untuk berkembang dengan lebih berstruktur
Pendahuluan BINABISNESBARU.COM
Bertahun kami uruskan penubuhan sdn bhd, dan semasa PKP 1.0 berlaku operasi bisnes utama kami terhenti mengikut arahan kerajaan, dan permintaan untuk bantu daftarkan perniagaan jenis entiti ENTERPRISE pula meningkat. Selepas lebih setahun menguruskan beribu permohonan berkenaan SSM kami hasilkan panduan perniagaan yang memfokuskan pendaftaran dan pengurusan berkenaan SSM versi E Book yang mengandungi topik terpilih dan versi cetakan yang mana berkongsi lebih panjang berkenaan topik yang di sampaikan.
Bermula dengan betul dan memperbaiki kaedah mengurus perniagaan menjanjikan suatu perniagaan yang lebih berdaya saing dan bertahan walau di landa apa sahaja cabaran. Semak senarai asas yang anda harus kuasai dalam dunia perniagaan sebelum memilih kerjaya perniagaan sebagai sumber pendapatan utama anda.
BERDAYA TAHAN
Kalau dulu sesebuah perniagaan fokusnya adalah kepada bersifat sentiasa berkembang, tetapi selepas semua di landa fasa Covid 19, fokusnya lebih kearah sebuah perniagaan berdaya tahan. Syarikat besar mengambil pelbagai langkah agar terus bertahan dalam bidang yang mereka ceburi, tapi bagaimana dengan sektor SME dan industri kecil? Sebagai permulaan kita perlu semak asas dalam perniagaan kita agar perniagaan yang kita ceburi akan datang mempunyai asas yang lebih kukuh dan bersedia dengan apa jua cabaran.
Siapa Kami Yang Hasilkan Panduan Ini?
Di hasilkan oleh mereka yang berpengalaman mengurus pendaftaran perniagaan dan syarikat.
Konten berkualiti serta panduan yang terkini berdasarkan pengalaman kami sendiri.
Kami juga jalankan bisnes seperti anda dan berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam industri.
Kami tidak sendiri mengurus perniagaan ini, punyai team yang ramai serta aset syarikat.
Pengenalan berkenaan SSM, strukturnya dan fungsinya.
Anda dapat manfaatkan setelah mengetahuinya.
Info praktikal khas buat anda agar jenama di bina dengan baik saat anda bermula.
Ketahui fungsi keduanya agar ianya jadi suatu aset jangka panjang.
Tidak semua perkataan boleh digunakan sebagai nama perniagaan.
Beberapa topik bonus yang menjadi kupasan kami khas buat usahawan agar perniagaan lebih berdaya tahan.